Inilah 'Aqidah bagi Sanusiah .

 Matan Ummu Al-Barahin 





Sebuah kitab yang masyhur di kalangan Ulama' 'Aqidah Ahlu As-Sunnah wa Al-Jama'ah yang beraliran Asy-Sya'irah . Kitab ini merupakan hasil karya Al-Imam Muhammad bin Yusof bin Umar bin Syuiab As-Sanusi Al-Maliki Al-Hasani Al-Tilimsani ( 832-895H ) Rahimahumullah . 
.
Beliau merupakan ulama' yang disegani pada eranya ( fi 'asrihi ) di dalam kurun ke-9 Hijriyyah , seorang pendokong aliran Al-Asya'irah . Pengaruhnya terlalu besar dalam perkembangan displin ilmu 'aqidah semasa hayatnya , juga selepas kewafatannya .
.
Beliau mencetuskan pendekatan yang memberangsangkan dan mempunyai cetusan yang memudahkan susunan pada sudut ilmu 'aqidah . Kitabnya mudah dihafaz dan diingat oleh generasi setelahnya hingga ke hari ini secara umumnya .
Diantara pengisian yang diterapkan beliau , iaitu :
1. Penjelasan hukum aqal serta bahagiannya iaitu wujub , istihalah dan jawaz .
2. Mafhum Al-Ilahiyyat iaitu beliau menetapkan 20 sifat yang wajib bagi Allah , yang mustahil atasNya serta yang harus bagiNya , yang wajib diketahui setiap mukallaf .
3. Mafhum An-Nubuwwat iaitu beliau hanya menetapkan 3 sifat yang wajib bagi segala rasul dan yang mustahil serta yang harus bagi mereka itu .
4. Mafhum pengertian Dua Kalimah Syahadah serta pengertian Istighna' dan Iftiqar .

Popular posts from this blog

Pelepasan GST pada syarikat China Communications Construction Company (CCCC)

Senarai Forbes: 12 rakyat Malaysia antara terkaya di dunia

Penggunaan Kalimah Allah: Memancing tahap peduli ummat