Di sebalik kehilangan TUDM sg besi dan halatuju TRX Bandar Malaysia
Apa itu TRX dan Bandar Malaysia?
Bandar Malaysia dan TRX adalah projek berkembar yang terletak kira-kira lima kilometer antara satu sama lain yang diuruskan oleh TRX City Sdn Bhd - firma itu sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd.

Terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail, TRX dirancang untuk menjadi sebuah daerah kewangan antarabangsa.
Menurut laman webnya, pelan induk untuk pembangunan seluas 28 hektar itu akan menyaksikan sekurang-kurangnya empat "pelaburan gred A" menara pejabat, dua hotel lima bintang, enam menara kediaman bertaraf mewah, sebuah pusat membeli-belah dan sebuah taman bandar yang besar.
Pada asasnya, TRX sepatutnya memacu menjadi Midtown Manhattan, New York, versi Malaysia - rumah kediaman tokoh kewangan gergasi AS.
Antara syarikat yang telah melabur dalam TRX adalah Mulia Property Development Sdn Bhd, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji, WCT Precious Development Sdn Bhd dan Kumpulan Lendlease.
Lendlease sedang membangunkan Lifestyle Quarter kawasan seluas 17 ekar di TRX berdasarkan usaha sama 60-40 dengan TRX City. Pembangunan itu akan menempatkan Tower Signature, yang bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bandar Malaysia akan dibangunkan di lokasi bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai visi besar untuk pembangunan bercampur di kawasan seluas 194ha itu, yang katanya mesti ada “kandungan yang besar, nilai budaya yang hebat, dan tarikan hiburan besar."
Antara lain, Najib mahu ia menjadi KL Internet City baru - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.
Beliau juga mahu Bandar Malaysia menjadi hab pengangkutan, yang menempatkan stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, MRT dan sambungan ke KTM Komuter, Airport Express Rail dan dua belas lebuh raya.
Untuk menggantikan tudm sg besi yang telah di bangunkan sebagai TRX malaysia.Kerajaan telah membuka satu penempatan baru di sendayan.Apa pun yang perlu kita ketahui adalah di sendayan hanya terdapat penempatan anggota tudm tanpa lapangan terbang seperitimana di sungai besi.Ini menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brid. Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji."Bagi saya, daripada dulu lagi saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku (penutupan pangkalan udara TUDM Sg Besi) kerana bagi saya ia satu perkara yang tak betul dan saya merasa sedih dengan apa yang berlaku itu.
"Ia juga seharusnya ia tidak berlaku kerana pangkalan udara di Sg Besi ini satu pangkalan yang banyak nilai sejarahnya kerana ia satu usaha pertama kita, dan ia juga pernah menjadi lapangan terbang antarabangsa kita,"
Operasi penerbangan di pangkalan itu ditutup secara berperingkat sejak 30 November 2011 bagi membolehkan pemaju induk Bandar Malaysia iaitu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan kerja-kerja pembangunan.
Pangkalan udara Sg Besi berkeluasan 198 hektar dan tapak Tun Razak Exchange (TRX) seluas 70 ekar di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur merupakan dua kawasan yang kini dibangunkan oleh 1MDB menerusi syarikat pemaju, TRX City Sdn Bhd.
Dahulunya sebahagian daripada pembangunan dibeli oleh syarikat daripada China menerusi penjualan jualan saham (SSA) namun perjanjian tersebut terbatal dan 100% kawasan dikuasai oleh Kementerian Kewangan.
-admin-

